Monday 19 December 2011

2months now!

she is now 2months old!
halooo! anyone? did you noticed that I have a 2m old baby? cause I don't! she is still newborn to me! and I guess, forever will be. well you know, mommies~~~

let's see her progresses as below ;

height : 56cm
weight : 5.8kg. (im gonna get muscular biceps soon!)
smiling.
laughing (mostly when she's taking alone!)
respond to voices & sounds.
mumbling in anger when cry. (you should hear this, very funny! lol)
sleep less. (esp when mummy go shopping)
size M diapers.
clothes size ; 3-6 for large cutting. 6-9 for small cutting.
heavy milking. if I missed feeding her on time, I felt like carrying watermelons on my chest! once she drinks, the watermelon turns to oranges. pheW!
can differentiate mummy's and daddy's voice. (she respond to her dad better, im so jealous!)
as always ; enjoying every moment of bath time! (I don't know where she get this from because I am not so "water" person. If you know what i mean. If not, I will tell you ; I refuse to take full bath during cold, rainy day. sometimes I will just mandi separuh, not getting my hair wet.)

okay then. till we meet again dearest! enjoy your day!

Wednesday 14 December 2011

Wednesday 7 December 2011

mummy manyak tayam sama mudak motak

title itu berbaur sengau dan sengal.
mohawk baby. in progress. 


finally, on her 44th days since her 1st breath in this world 

 saya motak yang comel..!!

rambut dia banyaaakk sgt. susah sikit nk shave mula2 tu. tp dengan bantuan pakar, tak perlu risau....
utk ibu2 yang nk shave kepala  bby ataupun tmpat2 sulit - I suggest uolls gunakan Mach3 Sensitive.
so smooth~~~

Friday 2 December 2011

burung yang marah dan 44 hari.

finally....dah lepas pantang. suke suke suke suke. 
makin panjang kaki lepas ni. ngee ~~

sepanjang berpantang byk jugak crochet sempat buat. 
antaranya ialah burung kegilaan ramai.

mohawk version. ha ha. real feathers version pun ade. saje tayang this one. looks angrier. 

 teman bby tdo mlm2. 

crocheted angry bird keychain.
available for purchase. 
anything please email raihamina@gmail.com


Saturday 26 November 2011

aii lap uuu mama!

sempena bestday bonda semalam.

kecik je hadiah dari anakanda tahun ni. dan tak bernilai langung di pasaran saham antarabangsa. tapi yang penting anakanda buat sendiri. 2 jari cedera parah dalam pembikinan hadiah ini buat bonda. oh! anakanda memang cemerkap. agaknya menurun daripada siapa ya?
teringat waktu raya haji kedua, hari kita buat majlis akikah baby arya. bonda campakkan pisau baru beli ke tanah sebab terhiris kuku sendiri. pisau berkilat yang tajam bak kuku harimau tu pun tersadai lah disitu seharian. sampai dikutip oleh menantu sulong bonda pada petang harinya.

skema ayat hamba. ye lah kan ; cita2 nk jd chekgu tak kesampaian. ;P

btw, bangga kembang lobang idung yang tak besar mane ni tengok bonda sangkut dekat kereta. terhuyung hayang beliau disitu dengan bahagianya.

Friday 25 November 2011

trilogy november

kenapa trilogy? sebab ada 3 perayaan dalam bulan november ni. 

My birthday 18 nov
Our anniversary 22nd nov
bonda's birthday 26 nov. 

ini yang tiap2 tahun , tp tahun ni lain sikit, november tahun ni kami sambut ulangtahun sebulan baby Arya. sehari selepas birthday mummy dia. ;P. 

inchek asben langsung tak romantik tapi menyenangkan hati...dia kata takda duet nak beli hadiah. ohh so cute, because he knows nothing in my wishlist he can afford right now. byk lg priority lain. and i don't mind at all. nak bagi hadiah tak perlu tunggu birthday ke anniversary ke...etc..ok then bila dia balik keje hari tu dia bwk balik ni 

jeng jeng jeng


a whole lot of Pecan butterscotch from SR
tapi kan. spoil la diet cik bini dia ni. kek bapak besar ni kami bedal berdua je. 
kasi rusak program diet makanan manis aii tauu...

kenapa 2+3? 
banyak sgt makna dua nombor ni, samada secara individu ataupun bila digabung berdua. umur dah masuk doplohtiga. 2+3=5 ; nikahkawen dah nak masuk 5 tawun. dulu berdua sekarang bertiga. kalo dulu lagu two is better than one sekarang lagu three is better than two. kannnn??

tapi hubby i sweet sgt. macam kek ni jgk. 
sweet, smooth, creamy and sometimes gone nuts, too!
thanks, love!

tapi kan, bini dia konon takmo adiah. tapi kan, muka tak malu melobi untuk medela freestyle. semoga dapat. yeah! next entry kite citer. tunggu~~~
;P


Monday 21 November 2011

Baby's name, 1month old and check up,

already?! my confinement period will end soon. weeee (don't know what i cheer up for, as i don't really apply all those pantang larang pun. ;P)

baby dah pun berusia sebulan. sekejap je...pejam celik pejam celik. (sbnrnya baby pejam memanjang mummy yang banyak celik)

Raya Haji kedua hari tu dah pun selamat mengadakan majlis akikah baby. Alhamdulillah..ramai jugak tetamus yang datang. ingatkan xramai mane daddy dia jemput. cukur jambul pun dah buat seusia baby 7 hari lg. cuma belum cukur habis, aisshh byk benor rintangan nye. nak cukur before raya, nekMa nye suh tunggu pas raya, biarla baby beraya ngan rambut katanya...pastu bila dah lepas raya, musim hujan pun bermula...tangguh lagi. takut sejuk baby kata nekMa nya....takpelah baby. nanti dpt green light nekMa kita cukur ya...nenek zaman sekarang punya la canggih, xsempat datang jenguk cucu sebab kerja balik lewat = penat tapi tau perkembangan macam ada depan mata. maklumla..pesbuk kan ade...pastu bukak pesbuk time kerja, tayang2 kat member opis hasil mykerasTangan(crochet), ade la satu dua tempahan diterima. weee..rezeki dimana-mana ALLAH janjikan. asal kita rajin berusaha.

eh? melalut panjang2 ni. in the previous entry i promised u guys to story mory baby's name right?

Arya Malyka is the name choosen for our lil precious. Arya (same with Aryan, Aryana/i) means my strength, and here is the tricky part Malyka can be pronounced Malika or Malaika. If pronounced Malika it brings the mean ; Princess, Owner (same meaning with the origin word ; Malik)
and if pronounced Malaika it means ; Bidadari, Sang Ratu. so it works either way. some of my friends do prefer to call her Lyka. but i don't like pendek2 nanti termaksud benda lain plak.
Nama Malyka ni kontoroversi sikit sbb kalau sebut Malika - for sure korang imagine evil witch dalam citer cucu betong yang fofuler satu ketika xlama dulu kan. ade orang tegur saya kenapa bagi nama anak sama dgn karakter jahat dalam cerita telebisen? jawapan ringkas, mudah dan padat. sebab saya tak terpengaruh dengan pilem melayu, xpernah tonton citer tu dan bukan bagi nama sempena watak jahat tu, lagipun maksud nama itu baik.
kalau sebut2 Malaika plak, ade orang kata dah macam malaikat dah. xbaik tu...eh? betul ker? saya yang kurang ilmu ni, saya mengaku lah. tapi cuba awak google Malayka @ Malaeka = tgk maksud dia ape? mmg betul pun angel. so what? she is my angel. sy xtau plak letak nama anak macam ni salah. tp saya memilih untuk bgtau org maksud Malaika itu adalah sang ratu.

btw, here i my strength, my queen.
bahagia tido dlm moses basketnya. ni dlm kereta, backseat masa umur 12 hari. 
pegi collect elaun terakhir mummy & daddy keje kt *tuuutt*

checkup sebulan ; baby kena inject Hep B kt paha kanan. aduiii...but she is so strong, only cry a lil bit. next month kena inject lagi...so far baby's progress 

weight : 4.6kg
height : 56cm
head : 38cm
 tak sabar nk tgk scale tu naik lg next month. itulah tanda aras anak mummy cukup khasiat drpd susu ibu yg eksklusif ni...
*scale berat ibu pun xberhenti menaik. ishhh apedaaa*



till next time,(yg xtahu bile)
okbaii

Thursday 3 November 2011

presenting~~~~~My Strength, My Queen

hari ni dah genap 2 minggu saya melahirkan. macam tak percaya. unbelievable org putih kata. tp kena believe jgk la.
pengalaman bersalin, betul sgt2 selama ni dengar orang kata sakit tu hilang lepas baby keluar.
hak hak. bila dah lalui sendiri baru tau, op koss hilang sakit lepas bb keluar, imagine cam kita sembelit, struggle nak poo kan. bila dah bleh poo lega je rasanya. tapi ianya tidak berakhir disitu...sakit lain plak datang lepas bby keluar tu. dijahit hidup2. apa lagi saya ada koyak sepanjang 1" . kalau tak silap doktor bagitau 4 stitches kena. *tabah bertanya sejurus selepas doktor siap jahit*. motif?

kemudian sakit nak pee. waa tak malu semua nak cerita kat sini. ha ha. biarlah, pengalaman berharga kot! dan pada hari kedua datanglah segala lenguh2 urat murat yang ditegang dan tertegang sewaktu nak push baby. antara yang paling menyerlah adalah betis/keting, paha dan tangan. esoknye plak, lenguh gigi plak, *eh?adeke lenguh gigi?* okey, maksudnya lenguh gusi+gigi sebab kita kacip/ketap gigi kuat2 masa push. *lagi lagi, push* dan sudah tentu buat 3-4 hari pertama seksa betul nak bergerak sbb sakit kat miss V. nak baring pun sakit, nak alih ke kiri ke kanan pun perit. tambah-tambah, saya pilih untuk exclusive breastfeed ; malam2 baby nangis kena mintak tolong inchek asben support belakang badan untuk pusing menghadap baby.

tapi semua tu tak lama, kejap je. dlm 4 hari sy dah blh bangun tak se 'slow' sebelum tu, pastu bleh mkn nasi sambil duduk, bleh breastfeed baby sambil duduk. saya tak berpantang pun okey. ada la sesetengah makanan saya tak jamah, yang orang tua nasihatkan. tapi saya makan ubat. 2-3 hari lepas deliver inchek asben selalu ckp perut mcm ade sorang lagi. saya pun perasan, tahap kebuncitan macam masa 6 bulan mengandung. masuk hari ke 7, dah surut ke 3 bulan. sekarang di minggu kedua selepas melahirkan, perut dah hampir kembali ke bentuk asal.

berbenkung tidak, mengurut dan bertungku pun tidak. Set bersalin biodex pun diambil sewaktu hari ke 12 kelahiran. sebelum tu, makan ubat daripada klinik bersalin je. bonda kata orang yang berjahit xbleh mengurut/bertungku. tak mengurut/bertungku/berpilis bagai pun sihat aje.

maafla, saya ni jenis yang x ikut sangat kepercayaan yang kadang2 lebih kepada karut-marut dan boleh menjerumus kepada syirik. yelah, adat tu adat. yang untuk kebaikan boleh ikut, tapi pilih2 la jugak. dan lagi satu jangan kita taksub dengan benda2 macam tu. nanti terpesong akidah nye.

contohnye la kan, orang tua2 suka suruh ibu2 lepas bersalin ni letak lada hitam dekat kawasan yang baby ada. konon nye kalau tak letak lada hitam baby nanti tersampuk setan bagai. okey, dalam kes ni kalau kita ikut, percaya dengan kata2 sebegitu, dimana letaknya akidah kita sebagai muslim? kuasa lada hitam tu mengatasi kuasa ALLAH s.w.t kah?so, untuk muda mudi di luar sana, nak ikut pantang/adat/budaya orang2 tua ni boleh, tapi tapis2 lah sendiri. dan tetapkan iman di hati.

eh banyak pulak hamba membebel. penonton dah boring tunggu bila bleh tengok orang baru. he he. sori, sori. maklumla. talkative turn taipkative mcm ni la jadinye.



so inilah anak perempuan kesayangan saya dan inchek asben ye kawan-kawan. next entry kita cite name baby plak yer.

Thursday 13 October 2011

still counting

belum letup lagi...weee~~~ tgk ticker tu..dah dekat kan...
anyway, hari ni kita rambling pasal projek crochet yang terbengkalai aritu. now sumer dah siap dan cantik. well, pujian itu harus disertakan sekali. kalau kita tak puji sapa lagi nak puji kann,.,,


 crocheted socks - 1st time buat. pattern sendiri. well, for the result ; other than cantik melampau, for sure little bit defected. yg sebelah kiri slightly smaller. phew! as long as kaki gua muat dan sedap pakai gasak aje hokeh!

mummy & baby hospital bag. tekun nya diri ini buat dua bijik beg ni. 
oh la la. lagi skali pujian untuk diri sendiri.
so, ape benda yang ade dlm beg gedabak besau nih?
 (sikit pun tak refer mane2. randomly thought and campak ke dlm beg hospital tuh)

Baby's checklist;
Diapers
Wet Wipes
Towel
Conventional napkins
Nappy liners
basic wear sepasang dua
mittens & booties sepasang dua
baby bodycare set : shampoo, bath cream, lotion, talc, oil. etc
minyak angin. 
kain bedung.

Mummy's checklist ;
Maternity pads
nursing blouse
nursing bras
panties.
hospital record card.
duit. ha ha ha. kena tulis ke ni?
sedikit kudapan. air zam zam + kurma.
bodycare set. 
skincare set.
 (mcmla sempat nk tempek2 toner, moisturizer bagai?)
kain sarung batik. 
stoking.


stakat ni tu je yang teringat. nanti ada lg campak masuk lg.



Monday 26 September 2011

9 months

my pregnancy is entering the final month starting today. everything should be ready now, right? because the doctors said 3 weeks from the EDD is actually "dah cukup bulan" and baby is ready to come out at anytime.
phew! betul ke macam tu? preparation xsiap lagi ni. tengah sibuk mengait beg hospital utk mami & baby, dlm waiting list pun berlambak lg brg nk kena kait.

jeng jeng jeng...mintak2 sempat. he he~~ 

list of my crochet pending projects 

 ceh. tak tahan betul tunjuk yang dah siap. *saja kasi semangat. ;)*
ni dress yg kawan baik request utk baby dia. 
baby dia nama Qaseh sbb tu ada huruf 'q' sbg embellishment tu.
dress ni konon masa buat tgk pattern utk 12 bln punya baby, tp bila siap jd size newborn. 
terpaksa buat yg lain jgk.
yang ni, nak tukar 'q' tu kpd 'm' sbb nak kasi kat baby Maysaa plak.
baby Maysaa muat la sbb baru habis pantang. ;P
matching headband skali ade tau!
 pieces of mummy's hospital beg. XL size. color campur2 guna scrap yarn sbb xsempat pegi kedai. ;P
 pieces of baby's hospital beg. L size. colour blue & pink. sbb tak nak bagi jantina kat beg ni...so buatkan dia universal gituww..
 mummy's sock. ha ha. oren uollss. sah-sah pakai atas katil je. mau pijak lantai 2,3 kali hitam legam lerr..

set of baby cocoon / sleep sack with pixie hat. ijau itu damai uollsss. sahih2 baby nampak cam ulat dlm kepompong pasni. ngee~~ mesti comel. ;P
trim plak dgn benang merah. buat pom-pom hujung nyer~~ 
ala tomey2.kiut2.
excitednye!

Sunday 11 September 2011

8 bulan

nak kate sekejap. xderlah sekejap.
nak kata lama pun tidak.
tapi now dah 8 bulan.
baca status FB kawan2 yg due ujung bulan nie / awal bulan depan semua dah cuak gila.
depa suma dah bengkak kaki, bengkak betis, sembab situ sini, sakit pinggang bagai...
awat cek takdak lagi pun. eh bukanlah mintak nak sakit, kan~~...
Alhamdulillah kalau betul saya tak dikurniakan nikmat sakit2 masa mengandung tu....
tp tertanya2 jgk la, normal ke kalau xrasa sakit tu semua? ~~

mak sedara sebelah hubby pesan, kalo mudah bersalinkan yang sulung ni, dia suh beranak ramai2. macam dia (10orang)...Insya ALLAH mak su, kalau ada rezeki...kalau mengandung macam yang ni, memang 10 kali lagi pun nak. mudah yang teramat sangat.

alahan langsung takdak. sakit2 situ sini pun takdak (lagi). puasa dapat full, terawikh pun full. cuma tak tahu nanti bersalin je macamana. harap2 dipermudahkan jugak...Insya ALLAH.

dalam bulan puasa baru2 ni, ramai kawan2 dah bersalin. especially yang kahwin hujung tahun lepas musim cuti sekolah pastu terus 'lekat'. 9 bulan kemudian, ramai2 berjemaah pakat beranak diorang ni.
pastu ade yang citer suami dia hadiahkan itu ini lepas bersalinkan anak mereka.

bestnya.

kita pun mula lah verangan, mintak hadiah ngan suami.

wifey : Abg, si fulan I kan, lepas beranak hubby dia hadiahkan tepon baru.
hubby : awak nak tepon baru gak ker yang?
wifey : eh takderlah. emm pastu kan...si fulan II dapat IPAD II senang dia n on9 atas katil sambil menyusu anak suami dia ckp. sporting kan.
hubby : awk nak laptop baru la ni?
wifey : tak pun. dengar la dulu orang nak citer ni. si polan III plak suami dia nak bwk dia pergi Aussie tahun depan, masa tu bby dia dah 4 bulan.
hubby : awk nak melancong jgk ker?
wifey : tak lah.
hubby : habis tu awk nak ape?
wifey : emmm yang slalu sy bgtau abg tu la~~~
hubby : kereta baru? nantilah dulu yang...tengah survey lagi ni.
wifey : bukan lah abg. yg lain
hubby : yang mana lg? awk slalu ckp pasal gajet je. takpun kereta.
wifey : ade lagi la.
hubby : ape? bgtau la yang, dah habis fikir ni.
wifey : errr...nak yg lg advance drpd diorang tu.
hubby : ni mesti nk rumah sendiri kan~~~kan kita dah bincang, tggu setahun dua lg...
wifey : bukanla.
hubby : abistu? *muka blurr*
wifey : sy nak buat lesen skuba diving! *muka ceria*
hubby : *muka blur kuasa dua* erkkk..ade ke org bg hadiah mcm tu?
wifey : sengeh2 sampai pagi. ;)
hubby : blajar berenang dulu.
wifey : *dlm hati* gulp! a'ah kan. berenang pun failed!

ade ke takder, mak tak kisah nyah. mak dah lame teringin nak menyelam skuba. perghhh! kalo dpt tu~~~ *menitik air liur*

Wednesday 7 September 2011

33 weeks checkup

terima 2nd anti-tetanus injection. 
sampai demam.

phergghh! tangan punya la lenguh wa ckp lu.

bestnya bila dah nak hujung2 ni...checkup pasni selang 2 minggu je. 
pastu, masuk jer 36 weeks da kena seminggu sekali. 

pergi klinik ni best. injection je xbest nye. tp kita dpt tahu improvement baby, development baby, tgk gmbr scan dia yg selalu berubah tu~~ seronok!

selalu ternanti-nanti tarikh checkup sbb nk intai baby dlm perut. tp kali ni, check up xder scan cuma dgr heartbeat baby. memula HR dia tinggi, 178 sbb dia tgh bergerak, pastu turun 142 bila dia da rehat sikit.

berapa la agaknya berat dia sekarang eak? sbb perut mummy dah makin boyot, makin expand, makin gatal tahap gaban sampai xbleh nak tido. ;P  
last checkup 2 hari sblm puasa, berat baby 1.3kg. 

till we meet again, daa

Friday 26 August 2011

Sunday 21 August 2011

my 1st baby set

this project I started and finished in early Ramadhan. It took me 4 days to complete the set. which consists of basic baby needs ; 

a pair of cuff mittens
a pair of rib cuff booties
a beanie.

dah siap awal2 ni, rasa mcm nak tambah bear ears la pulak kat beanie tu...nampak kosong aje~~
*tengok warna dia - peliks kan?*

 this is the first time I crochet with pure wool yarn which I bought from Cotton House.  also using my new 4mm aluminium hook. you never know how this little things in crochet can effect your project. mengait guna benang ni susah sikit sbb dia licin, selalu terlepas. kan org baru belajar...sbb tu lama sikit ambik masa. tapi warna dia ceria. selalu orang pesan, nak buat barang2 baby guna benang kaler lembut2 je. takpun guna plain colour. saya sorang je kot yang guna kaler bapak meriah macam ni. takpelah~~nanti anak mummy ceria2 pakai set yang mummy crochet ni okey...

 purchased items ; 
Set of 12 Aluminium Hook
ABS Stitch marker *sy perlu sgt benda alah ni sbb sy nyanyuk*
Pure Wool Red, Pink,Yellow yarn.


Friday 19 August 2011

Mary Jane

First crochet project I made was a Baby High Top Bootie ; as in the previous entry. So, second project, still kind of baby booties. maklumlah, as expecting for the first time, semua nak buat untuk baby je....
I started my second project, working on a Mary Jane style bootie. following video tutorial in youtube.
and the result is jeng jeng jeng ;

nampak macam menjadi kan?kan?kan?

 tapi size nye punya lah kecik. kaki barbie boleh le muat kot! tengok comparison dengan normal size baby bootie. atoyaiii!
muat2 ibu jari kita sumbat dalam kasut ni. he he.

ni pun bukan salah cikgu, tapi salah anak murid, tak ambik perhatian pasal size hook & jenis yarn yang cikgu guna. maklumlah, as a benginner I really don't think the sizes are going to effect my work this much. 
and now, i've learned. and always pay good attention to the hook & yarn sizing.
so, i will never give up! there will be another Mary Jane from me!

Sunday 14 August 2011

kerja orang xde kerja

sejak bertahun-tahun membesar dalam keluarga yang ada kemahiran ; mak - mejahit, maksu - mengait , xpernah-pernah plak rasa nak belajar ke, nak buat ke..sikit pun tak terliur.

hangin pembawakan budak, tetiba awal tahun hari tu masa bookfair, pegi beli buku mengait jarum satu (crochet) & kait jarum dua (knit). 2 bulan lepas beli buku & alat2 mengait tu, barulah tahu mengandung. terus Mr.Asben ckp bby girl sbb maknye pelik2 macam gini. well, too soon too tell kan.

kita start dengan crochet, belajar daripada buku untuk beginner sangat lah tak membantu. 2 bulan lepas beli buku, kita cuma boleh buat sarung botol air yang tak seberapa canggih. itu pun...phew! struggle membaca pattern. pastu terlintas di fikiran nak google, xsusah pun. sekali search terus jumpa videos kat youtube yang best2, dengan tekunnya mendownload video sampai internet overlimit. tapi memang sangat membantu. rasa mcm ada cikgu ajar. sape2 pun boleh belajar, walaupun xde basic, xde ape. asalkan minat dan masa ada.

so, 1st project yang kita buat adalah  jeng jeng jeng
 Baby High Top Bootie
in progress - side view
top view
 finished project! tadaaaa. nampak tak besar sebelah. ini bukan salah cikgu yang mengajar tapi salah anak murid. maklumla, beginner kan~~ I am still learning to control the tense I put while crocheting.
sebelah kait ketat2 (masa rajin + semangat), sebelah lagi dah malas2 ; kaitan dah jadi longgar2...
sbb tu kasut ni jd uneven sized! 
;P

till we meet again, thanks for reading. luv ya!

Saturday 13 August 2011

30 weeks of pregnancy

Big news for baby's brain this week: It's starting to wrinkle and fold and looks like something that grew in the back of your fridge. This is due to the rapid growth of your little genius's brain cells.
Fingernails and toenails are finally finished—causing his or her parents great fear and anguish the first time they try to cut those little daggers (it gets easier, we promise)! Plus, the bone marrow is completely in charge of red-blood-cell production now.
Baby is starting to shed his lanugo—the downy hair that was covering his skin. Now that he's chubbier and better able to regulate his body temp.
When your baby is awake, his eyes are now wide open and he's whittling away the hours looking around, checking out his rather dark, limited environs. 
Your baby hasn't gained much weight or height this week, as most of his energy's been channeled to the brain. He weighs about 3 pounds and is approximately 15.5 inches long

pejam celik-tertonggeng meniarap- terguling tergolek-ke kiri ke kanan - ke depan ke belakang dah pun masuk minggu ke 30. nak kata sekejap tak jugak. nak kata lama tak jugak. tinggal lagi lebih kurang 2 bulan je lg sblm deliver. entah betul entah tidak, EDD tiap2 kali pegi check up bertukar. 
minggu ke 30 sounds a lil creepy. but not much changes I can feel. no differences from previous weeks. cumanya, dlm bulan puasa ni, baby tidur siang hari and became very active di malam hari, time mummy bertarawikh dia pun ikut sama tarawikh. dum dam dum dam terasa dlm perut. 
kadang2 terasa macam dia stretch kan badan, perut mengeras dari kiri ke kanan bukan dari atas ke bawah. he he. ke tengah buat apa eak? macam seronok je kalau bleh tengok movement dia tiap2 masa. 
oh superman~~~pinjamkan mata u yang boleh scan tu~~~

Thursday 11 August 2011

welcome!

Salam, and hi all.
welcome to this blog! this blog will be the medium to hold my thoughts, where I share my opinion, a place to ramble about random stuff and everything I feel like writing on it. about life, about love, and almost anything else that interact me.

by the way, its free! and everyone can write everything, right.

so, again, welcome!!!