Monday 30 April 2012

testimanis tuan tanah

*tujuan gambar ini ditayangkan kepada umum adalah bukan untuk mengatakan bahawa saya cantik dan anggun. tetapi hanyalah untuk berkongsi hasil penggunaan produk EVERLYNN ke atas diri sendiri*

dengan penggunaan xsampai sebulan, satu trial set pun xhabis lagi. perubahan positif dapat dilihat ke atas diri sendiri.

semoga terus berkekalan kulit cantik sebegini, muka xcantik xapa sebab cantik itu subjektif.

EVERLYNN works for me. wanna give a try?
email me


Tuesday 10 April 2012

Entry Cantik-Cantik

Asslamualaikum uolls.
harini cuti umum!. yeayyy
Alhamdulillah syukur pada-Mu Ya ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi mu ini.
hari yang indah ini saya nak cerita sikit tentang sesuatu yang amat sinonim dengan wanita. adakalanya sesuatu ini menjadi OBSESI sesetengah wanita. sesuatu itu adalah CANTIK.
tapi tidak bagi saya, ya, saya nak cantik,saya suka cantik dan saya pentingkan kecantikan tetapi saya tidak obses dengan kecantikan sehingga memudaratkan.
saya sangat tidak bersetuju dengan pepatah orang putih yang menyatakan "beauty is pain"...
a big
NO 
NO
NO!
no pain-pain ye! nehi, nehi.
terutama pada bahagian yang sangat sensitif dan berharga ; iaitu muka. of course, semua bodyparts pun berharga. tapi muka adalah perkara yang mudah dilihat dan di muka jugalah letaknya deria utama yang membolehkan kita menikmati hidup ini secara normal. Di muka kita ada mulut yang kita guna utk makan, ada hidung yang kita guna untuk bernafas, ada mata yang kita guna untuk melihat, ada telinga yang kita guna untuk mendengar....kalaulah sesuatu berlaku pada muka kita, tentu deria utama ini pun turut terjejas kan?

kita semua wanita melayu terakhir ni mesti tak nak perkara yang tak di ingini berlaku pada kita kan. oleh itu, adik kakak abang, saya ada satu produk untuk disyorkan pada anda.
mempekenalkan

EVERLYNN : SKINCARE THAT CARES FOR YOUR SKIN.

saya sendiri pengguna produk ni, dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya. dan demi membantu kawan2 lain yang masih tercari2 produk yang sesuai, apa kata cuba EVERLYNN. ia dirumus daripada ekstrak buah-buahan dan tumbuhan yang mana telah berjaya mewujudkan satu rangkaian produk kecantikan yang selamat dan berkesan. mesra alam dan alam flora gituuuuuu...haaa!

saya pernah menggunakan SKII dan memang, hasilnya juga amat meyakinkan. tetapi poket pulak tak mengizinkan. lainlah kalau saya ni isteri ke-3 Datuk ker...
tetapi setelah menemui EVERLYNN, berani saya katakan kualiti setanding(bukan sama) dengan SKII tetapi dengan harga Fair&Lovely. hanya RM120/set yang mengandungi 4 produk iaitu Deep Cleansing Foam, Deep Hydrating Toner, Day Solution, & Multi Perfection Cream. dan berita mengejutkan ; ianya tahan untuk jangka masa yang lama, iaitu melebihi 2 bulan!!!!!!!!!!!!!! sila terkejut!!!

kawan-kawan yang berminat untuk mencuba ; sila lawati blog rasmi

 EVERLYNN : SKINCARE THAT CARES FOR YOUR SKIN

boleh lihat bawah tab testimonials untuk menambah keyakinan. dan kalau masih kurang keyakinan, jangan malu-malu. jangan segan-segan. kalau nak jumpa saya untuk tengok sendiri dengan mata anda, silakan hubungi saya.
mintak maaf saya tak boleh nak publish nombor telefon sesuka hati. saya dah bersuami, chewaahh.
tapi untuk anda yang nak tahu lebih lanjut, emelkan pertanyaan pada saya
raihamina@gmail.com
nombor telefon pun akan saya bagi melalui emel. sebenarnya, kat bawah tab stokis/Dealer di blog rasmi EVERLYNN pun ada nombor telefon saya sebagai dealer kawasan Pengkalan Chepa.

silakan. silakan.

p/s : testimoni dari saya menyusul di kemudian hari ya. masih lagi tercari-cari gambar lama time kulit muka kurang memuaskan (bukan time hodoh ye, sebab kita manusia semua dilahirkan cantik). gambar semua dah berterabur sebab laptop lama kena curi, so saya kena belek satu2 sumber lain.
tapi yang pasti, ada. so, tungggguuuuuuuuu

Tuesday 3 April 2012

pencuri mencuri saya dicuri

Assalamualaikum kawan-kawan, sahabat handai sekalian.
sekian lama tak keudara saya sebenarnya menghadapi masalah kecurian
2 minggu lepas saya tinggalkan rumah dengan tergesa-gesa utk short meeting trip di K.L.
xsangka pulak rumah kena pecah masuk, dan ini kali ke-2 dah hokey! yang hilang cuma TV flatscreen dengan my very very very OLD laptop dan wrist watch incik hubby yang kebetulan ada duk atas almari TV.
pencuri tu masuk melalui tingkap dan siap tinggalkan dia punya alatan untuk mencungkil tingkap pulak. very unprofesional job! tangah ;high' agaknya.
tapi yang saya syukur sangat, orang jahat tu tak masuk waktu saya ada dirumah.....
maklum lah, kita dengan anak kecik lagi, apa sangat yang mampu kita buat. nak defend diri kita pun tak tahu dapat ke tak, ada pulak yang perlu kita protect.
sekarang mommy Rai dah jadi paranoid.
daddy pegi keje pagi2 suh kunci pagar. nak turun menyapu daun gugur di laman depan pun xberani.
dhla kawasan ni ramai drug addict. jalan depan rumah yang asalnya jalan mati, tapi haritu ada kontraktor pengairan datang upgrade sistem perparitan, terus dia tambun jalan hujung satu lagi tu sampai dah boleh dilalui. ini salah satu faktor tidak selamat. sebab senang orang nak lari dan jalan ni jadi laluan bukan penduduk kawasan ni.
kalau dulu orang2 yang duk rumah dekat2 sini je lalu. sekarang tak kira masa motor kereta sentiasa ada.
kurang selamat duk rumah sendiri. *sigh*
teringin nak ada guard dog.
auk auk.
he he
okey. ceritanya, mommy & daddy mengambil masa 1-2minggu jugaklah nak himpun kan kertas untuk beli TV dan lappy baru.
tapi sayang,
TV yang model sama cam yang dulu punya dah xdikeluarkan dah.
*sigh* lg.
TV dulu tu limited special edition drpd SAMSUNG.
TV baru ni pun SAMSUNG jgk.
tp lebih kurang features drpd TV dolu.
takpelah. dapat tengok hindustan joget2 pun dah ok.
he he.
tapi lappy baru puas hati gila.
6 years ago, mommy Rai beli lappy lama tu dgn harga yang sama dgn lappy baru ni.
tp features & spec lappy baru ni sangat2 fuuu-yooohhh wa ckp lu.
hi hi.
*muka puashati*
satu lagi, broadband, pun puas hati dengan yang baru.
bb lama bukan kena curi, tp since dia punya partner dah takder dia refuse utk kerjasam dgn lappy baru ni.
so terpaksa terminate line tu. lgpun slow nak mampus!
bertukar kepada P1 home wireless.
laaaaajuuuu... viummmmmmmm
*sound effect F1 utk line P1*

harap2 dengan line laju ni mommy Rai akan lebih laju dan RAJIN menghapdet belog. hi hi ;P