Tuesday 31 January 2012

Tuesday 17 January 2012

crochet minggu lepas; asyik asyik angry bird.

Assalamualaikum, this is last week's crochet order from my niece's colleagues.

*sila teleng kepala*
ha ha i forgot to rotate maaa..

i-green vertical envelope hp pouch flower button
ii-angry bird hp snug sock
iii-red envelope hp pouch with ladybug button
iv-crocheted black bomb bird keychain 



packed and ready to go.

tq lovelies.hope you are satisfied.
;)

itu minggu lepas. awal minggu ni break kejap mengait.
 kelebet felt pulak.
hasilnya?
update on next entry.

 naksambung mengait utk order due CNY.


bye for now.

Friday 13 January 2012

house invasion! code red!

wah. title kasi kecut perut ajeeee...
actually if you guys were in my position yesterday, memang kecut okey.
mane taknye.
(maka cerita pun bermula ; jeng jeng jeng)


kami satu family tgh lepak2 dkt hall, inchek asben tgk tv, sy tgh mengait & bby dgn kerja sepenuh masanya ; tido.
tiba2, dengar bunyi pelik kt luar rumah. ingatkan kucing bergomol, tp xbunyi teriakan nyaring yg slalu kucing buat time gaduh tu.
buat tatau je lah.
kemudian bunyi tu makin rancak dan dekat.
haissshh. takut betol mek. peluh menitik-nitik. hangat terasa di muka. meremang bulu roma.
ohh patutla, lupa bukak kipas. *on kipas sekejap*.


aaahh..nyaman kena angin kipas tp yang tak nyaman nye. masa lalu sebelah tingkap tu, sy nampak sesuatu yang sangat menggerunkan!
ahh sudahhh!! ini kes berat ni nk call sape ni? polis ker? bomba ker? pertahanan awam ker? ataupun FBI? CIA? errr MCA? MIC? oh saya tau! PERKASA boleh?
yang mane satu sesuai untuk handle kes makhluk menakutkan yang cuba membunuh diri depan pintu rumah saya ni?
eeiiii takutlah. pastu rumah sy mesti jadi crime scene, tape kuning disana-sini pastu glemer sekejap masuk tv.
okeh khayalan semata-mata.
berbalik kepada cerita asal.
makhluk yg saya lihat itu bukan manusia tapi mempunyai kaki dan tangan seperti manusia.
dan barisan gigi yang tajam dan renungan yang mampu membunuh mangsanya! okey, dah ter'over' sikit.
tapi makhluk ni mmg boleh mengecutkan (tanpa mengempiskan) perut sesiapa saja yang memandangnya okey. tengok sendiri kt bawah ni.

he's attempting suicide! guna hanger aku plak tuh.

lapor rupenye. kesiann..kera sape la terlepas ni.
makan roti dulu

saya rasa kera ni ada kecelaruan personaliti ataupun personaliti berganda lah.
orang putih kata split personaliti.
inilah dia, sekejap dia rasa dia kera. sekejap dia fikir dia ikan. tengok tu. nak makan makanan ikan pulak.
dengan tekun amek sebiji sebiji yang sebesar taik idung tu masuk dlm mulut.


haih. lambat kenyang la mkn camtu. macam ni lagi sodappp.

omaiigoddd! dia da nampak saya la! mengintai-intai ke dlm tingkap!
trrrr trrrrr trrr trrr
itu bkn bunyi sy mengigil ye tp bunyi tepon vibrate. ade sms masuk.

hah! itulah cerita house invasion saya. kera ni dah invaded my porch and succesfully sepahkan dan kecahkan kawasan jajahan dia tu.

finally, i called my younger brother to come and catch this little pervert before he endanger my neighbors and cause a lot more damage.
senang-senang jew adik I pegang encik kera iteww. 
hew hew. 
jinak rupanya.
malu I td dah takut gila.
siap call neighbor, bg arahan perintah berkurung kt dia & ank2 kecik dia.
then call balik, tarik balik arahan darurat. 
ha ha.

then adik I tanye, nk letak mane ini benda?
i pun ckp kalo ko nak ko bela lah
dia tanya : boleh eak?:
abistu takkan nk letak kt msjid?
kalo jumpe duit blehla pigi buh dlm tabung masjid.
ini kera kot
ha ha.

dahla tatau tuan die sape. 
lame nk mamp terlepas takde pun org mai cari ke ape ke.
so, I consider dia tak nak dah kera dia.
kalo dia nk pun
dia dah xlayak dah
kera tu xmkn minum ker? dr pagi smpai ptg xbg mkn ke?
takkan xperasan kera terlepas.

watdapish!


p/s : harini proses mencuci sisa kecahan encik kera.


Saturday 7 January 2012

fuh kiri fuh kanan...fuhhhhh nasi beriani ku power!

ha ha ha. *gelak sehabis bangga*
dasar manusia ; mudah lupa diri
 nasi beriani tanam ayam. *suka2 hati aje letak nama*

kari tulang + terung + potato

lupa plak amik gambar sambal & acar timun.
by the way,
parents in law dah try. depa kata sedap. mkn bertambah2.
selamattttt.
bonda bakal try sekejap lagi.
mintak2 bonda kata sedappp. 
hi hi

Thursday 5 January 2012

wish me luck!

mencuba memasak nasi beriani....weeeeee

*doa byk2*
baca surah al-kautsar

Monday 2 January 2012

Happy New Year 2012

sedar tak sedar...dah tiga hari kita melangkahkan kaki ke tahun baru. 

tarikh2 itu cuma angka..apa yang penting hidup perlu diteruskan seperti biasa.
bila bercakap soal tahun baru mesti ada yang tanya azam kan. 

seperti tahun2 lepas, saya selalu forward kan azam2 saya. antara yang paling penting adalah ; kembali ke 47kg. tahun lepas azam ni tergendala sebab pregnant. tapi masa tu xnampak mustahil sangat sebab baru 57kg. sekarang, lepas bersalin angka 47kg tu macam nak bermusuh je dengan saya sebab berat terkini saya adalah 67kg. itupun lepas seploh kg turun selepas bersalin. ha ha. maknanya time heavy pregnant berat saya adalah 77kg. entah kenapa asyik yang depan aje bertukar. yang belakang menten gitu kan. so sekarang ; try to lose 20kgs. agaknye sy kena sign up utk the biggest loser ataupun losing it with jillian dah. lemak tepu. ha ha. lagi - lagi mustahil bila breasfeeding. bantuan daripada produk kurus memang mustahil lah. tak banyak produk yang ibu menyusu boleh ambil. 
kalau kamu tahu boleh share tak? *mata kuyu*

azam2 lain, seperti biasa 
  • nak sambung degree
  • nak ada bisnes sendiri
a'ah kan. sebut pasal bisnes ni teringat pulak saya dekat hobi mengait saya tu, anak saudara saya belah inchek asben dengan baik hatinya menawarkan diri utk bw brg2 kait tu ke kolej beliau utk dijual. suka hati betul saya. akhirnya hobi ini bukan sekadar hobi. side income dalam tangan. tapi bisnes ini hanya sampingan. tak sampai 24jam dah dpt satu order. doakan rezeki saya murah ya. 

 angry bird keychain for my daughter & son. to be hang on their new school bag

 samples of few design hp pouches. 

angry bird 
 envelope style 
 rasta? i called it traffic light style
 double buttons
side button

so, setakat ni sjalah dulu yer. 
SELAMAT TAHUN BARU 
utk semua. semoga tahun ni lebih membawa kejayaan dan kebaikan dalam hidup kita.