Saturday 26 November 2011

aii lap uuu mama!

sempena bestday bonda semalam.

kecik je hadiah dari anakanda tahun ni. dan tak bernilai langung di pasaran saham antarabangsa. tapi yang penting anakanda buat sendiri. 2 jari cedera parah dalam pembikinan hadiah ini buat bonda. oh! anakanda memang cemerkap. agaknya menurun daripada siapa ya?
teringat waktu raya haji kedua, hari kita buat majlis akikah baby arya. bonda campakkan pisau baru beli ke tanah sebab terhiris kuku sendiri. pisau berkilat yang tajam bak kuku harimau tu pun tersadai lah disitu seharian. sampai dikutip oleh menantu sulong bonda pada petang harinya.

skema ayat hamba. ye lah kan ; cita2 nk jd chekgu tak kesampaian. ;P

btw, bangga kembang lobang idung yang tak besar mane ni tengok bonda sangkut dekat kereta. terhuyung hayang beliau disitu dengan bahagianya.

Friday 25 November 2011

trilogy november

kenapa trilogy? sebab ada 3 perayaan dalam bulan november ni. 

My birthday 18 nov
Our anniversary 22nd nov
bonda's birthday 26 nov. 

ini yang tiap2 tahun , tp tahun ni lain sikit, november tahun ni kami sambut ulangtahun sebulan baby Arya. sehari selepas birthday mummy dia. ;P. 

inchek asben langsung tak romantik tapi menyenangkan hati...dia kata takda duet nak beli hadiah. ohh so cute, because he knows nothing in my wishlist he can afford right now. byk lg priority lain. and i don't mind at all. nak bagi hadiah tak perlu tunggu birthday ke anniversary ke...etc..ok then bila dia balik keje hari tu dia bwk balik ni 

jeng jeng jeng


a whole lot of Pecan butterscotch from SR
tapi kan. spoil la diet cik bini dia ni. kek bapak besar ni kami bedal berdua je. 
kasi rusak program diet makanan manis aii tauu...

kenapa 2+3? 
banyak sgt makna dua nombor ni, samada secara individu ataupun bila digabung berdua. umur dah masuk doplohtiga. 2+3=5 ; nikahkawen dah nak masuk 5 tawun. dulu berdua sekarang bertiga. kalo dulu lagu two is better than one sekarang lagu three is better than two. kannnn??

tapi hubby i sweet sgt. macam kek ni jgk. 
sweet, smooth, creamy and sometimes gone nuts, too!
thanks, love!

tapi kan, bini dia konon takmo adiah. tapi kan, muka tak malu melobi untuk medela freestyle. semoga dapat. yeah! next entry kite citer. tunggu~~~
;P


Monday 21 November 2011

Baby's name, 1month old and check up,

already?! my confinement period will end soon. weeee (don't know what i cheer up for, as i don't really apply all those pantang larang pun. ;P)

baby dah pun berusia sebulan. sekejap je...pejam celik pejam celik. (sbnrnya baby pejam memanjang mummy yang banyak celik)

Raya Haji kedua hari tu dah pun selamat mengadakan majlis akikah baby. Alhamdulillah..ramai jugak tetamus yang datang. ingatkan xramai mane daddy dia jemput. cukur jambul pun dah buat seusia baby 7 hari lg. cuma belum cukur habis, aisshh byk benor rintangan nye. nak cukur before raya, nekMa nye suh tunggu pas raya, biarla baby beraya ngan rambut katanya...pastu bila dah lepas raya, musim hujan pun bermula...tangguh lagi. takut sejuk baby kata nekMa nya....takpelah baby. nanti dpt green light nekMa kita cukur ya...nenek zaman sekarang punya la canggih, xsempat datang jenguk cucu sebab kerja balik lewat = penat tapi tau perkembangan macam ada depan mata. maklumla..pesbuk kan ade...pastu bukak pesbuk time kerja, tayang2 kat member opis hasil mykerasTangan(crochet), ade la satu dua tempahan diterima. weee..rezeki dimana-mana ALLAH janjikan. asal kita rajin berusaha.

eh? melalut panjang2 ni. in the previous entry i promised u guys to story mory baby's name right?

Arya Malyka is the name choosen for our lil precious. Arya (same with Aryan, Aryana/i) means my strength, and here is the tricky part Malyka can be pronounced Malika or Malaika. If pronounced Malika it brings the mean ; Princess, Owner (same meaning with the origin word ; Malik)
and if pronounced Malaika it means ; Bidadari, Sang Ratu. so it works either way. some of my friends do prefer to call her Lyka. but i don't like pendek2 nanti termaksud benda lain plak.
Nama Malyka ni kontoroversi sikit sbb kalau sebut Malika - for sure korang imagine evil witch dalam citer cucu betong yang fofuler satu ketika xlama dulu kan. ade orang tegur saya kenapa bagi nama anak sama dgn karakter jahat dalam cerita telebisen? jawapan ringkas, mudah dan padat. sebab saya tak terpengaruh dengan pilem melayu, xpernah tonton citer tu dan bukan bagi nama sempena watak jahat tu, lagipun maksud nama itu baik.
kalau sebut2 Malaika plak, ade orang kata dah macam malaikat dah. xbaik tu...eh? betul ker? saya yang kurang ilmu ni, saya mengaku lah. tapi cuba awak google Malayka @ Malaeka = tgk maksud dia ape? mmg betul pun angel. so what? she is my angel. sy xtau plak letak nama anak macam ni salah. tp saya memilih untuk bgtau org maksud Malaika itu adalah sang ratu.

btw, here i my strength, my queen.
bahagia tido dlm moses basketnya. ni dlm kereta, backseat masa umur 12 hari. 
pegi collect elaun terakhir mummy & daddy keje kt *tuuutt*

checkup sebulan ; baby kena inject Hep B kt paha kanan. aduiii...but she is so strong, only cry a lil bit. next month kena inject lagi...so far baby's progress 

weight : 4.6kg
height : 56cm
head : 38cm
 tak sabar nk tgk scale tu naik lg next month. itulah tanda aras anak mummy cukup khasiat drpd susu ibu yg eksklusif ni...
*scale berat ibu pun xberhenti menaik. ishhh apedaaa*



till next time,(yg xtahu bile)
okbaii

Thursday 3 November 2011

presenting~~~~~My Strength, My Queen

hari ni dah genap 2 minggu saya melahirkan. macam tak percaya. unbelievable org putih kata. tp kena believe jgk la.
pengalaman bersalin, betul sgt2 selama ni dengar orang kata sakit tu hilang lepas baby keluar.
hak hak. bila dah lalui sendiri baru tau, op koss hilang sakit lepas bb keluar, imagine cam kita sembelit, struggle nak poo kan. bila dah bleh poo lega je rasanya. tapi ianya tidak berakhir disitu...sakit lain plak datang lepas bby keluar tu. dijahit hidup2. apa lagi saya ada koyak sepanjang 1" . kalau tak silap doktor bagitau 4 stitches kena. *tabah bertanya sejurus selepas doktor siap jahit*. motif?

kemudian sakit nak pee. waa tak malu semua nak cerita kat sini. ha ha. biarlah, pengalaman berharga kot! dan pada hari kedua datanglah segala lenguh2 urat murat yang ditegang dan tertegang sewaktu nak push baby. antara yang paling menyerlah adalah betis/keting, paha dan tangan. esoknye plak, lenguh gigi plak, *eh?adeke lenguh gigi?* okey, maksudnya lenguh gusi+gigi sebab kita kacip/ketap gigi kuat2 masa push. *lagi lagi, push* dan sudah tentu buat 3-4 hari pertama seksa betul nak bergerak sbb sakit kat miss V. nak baring pun sakit, nak alih ke kiri ke kanan pun perit. tambah-tambah, saya pilih untuk exclusive breastfeed ; malam2 baby nangis kena mintak tolong inchek asben support belakang badan untuk pusing menghadap baby.

tapi semua tu tak lama, kejap je. dlm 4 hari sy dah blh bangun tak se 'slow' sebelum tu, pastu bleh mkn nasi sambil duduk, bleh breastfeed baby sambil duduk. saya tak berpantang pun okey. ada la sesetengah makanan saya tak jamah, yang orang tua nasihatkan. tapi saya makan ubat. 2-3 hari lepas deliver inchek asben selalu ckp perut mcm ade sorang lagi. saya pun perasan, tahap kebuncitan macam masa 6 bulan mengandung. masuk hari ke 7, dah surut ke 3 bulan. sekarang di minggu kedua selepas melahirkan, perut dah hampir kembali ke bentuk asal.

berbenkung tidak, mengurut dan bertungku pun tidak. Set bersalin biodex pun diambil sewaktu hari ke 12 kelahiran. sebelum tu, makan ubat daripada klinik bersalin je. bonda kata orang yang berjahit xbleh mengurut/bertungku. tak mengurut/bertungku/berpilis bagai pun sihat aje.

maafla, saya ni jenis yang x ikut sangat kepercayaan yang kadang2 lebih kepada karut-marut dan boleh menjerumus kepada syirik. yelah, adat tu adat. yang untuk kebaikan boleh ikut, tapi pilih2 la jugak. dan lagi satu jangan kita taksub dengan benda2 macam tu. nanti terpesong akidah nye.

contohnye la kan, orang tua2 suka suruh ibu2 lepas bersalin ni letak lada hitam dekat kawasan yang baby ada. konon nye kalau tak letak lada hitam baby nanti tersampuk setan bagai. okey, dalam kes ni kalau kita ikut, percaya dengan kata2 sebegitu, dimana letaknya akidah kita sebagai muslim? kuasa lada hitam tu mengatasi kuasa ALLAH s.w.t kah?so, untuk muda mudi di luar sana, nak ikut pantang/adat/budaya orang2 tua ni boleh, tapi tapis2 lah sendiri. dan tetapkan iman di hati.

eh banyak pulak hamba membebel. penonton dah boring tunggu bila bleh tengok orang baru. he he. sori, sori. maklumla. talkative turn taipkative mcm ni la jadinye.



so inilah anak perempuan kesayangan saya dan inchek asben ye kawan-kawan. next entry kita cite name baby plak yer.