Thursday 3 November 2011

presenting~~~~~My Strength, My Queen

hari ni dah genap 2 minggu saya melahirkan. macam tak percaya. unbelievable org putih kata. tp kena believe jgk la.
pengalaman bersalin, betul sgt2 selama ni dengar orang kata sakit tu hilang lepas baby keluar.
hak hak. bila dah lalui sendiri baru tau, op koss hilang sakit lepas bb keluar, imagine cam kita sembelit, struggle nak poo kan. bila dah bleh poo lega je rasanya. tapi ianya tidak berakhir disitu...sakit lain plak datang lepas bby keluar tu. dijahit hidup2. apa lagi saya ada koyak sepanjang 1" . kalau tak silap doktor bagitau 4 stitches kena. *tabah bertanya sejurus selepas doktor siap jahit*. motif?

kemudian sakit nak pee. waa tak malu semua nak cerita kat sini. ha ha. biarlah, pengalaman berharga kot! dan pada hari kedua datanglah segala lenguh2 urat murat yang ditegang dan tertegang sewaktu nak push baby. antara yang paling menyerlah adalah betis/keting, paha dan tangan. esoknye plak, lenguh gigi plak, *eh?adeke lenguh gigi?* okey, maksudnya lenguh gusi+gigi sebab kita kacip/ketap gigi kuat2 masa push. *lagi lagi, push* dan sudah tentu buat 3-4 hari pertama seksa betul nak bergerak sbb sakit kat miss V. nak baring pun sakit, nak alih ke kiri ke kanan pun perit. tambah-tambah, saya pilih untuk exclusive breastfeed ; malam2 baby nangis kena mintak tolong inchek asben support belakang badan untuk pusing menghadap baby.

tapi semua tu tak lama, kejap je. dlm 4 hari sy dah blh bangun tak se 'slow' sebelum tu, pastu bleh mkn nasi sambil duduk, bleh breastfeed baby sambil duduk. saya tak berpantang pun okey. ada la sesetengah makanan saya tak jamah, yang orang tua nasihatkan. tapi saya makan ubat. 2-3 hari lepas deliver inchek asben selalu ckp perut mcm ade sorang lagi. saya pun perasan, tahap kebuncitan macam masa 6 bulan mengandung. masuk hari ke 7, dah surut ke 3 bulan. sekarang di minggu kedua selepas melahirkan, perut dah hampir kembali ke bentuk asal.

berbenkung tidak, mengurut dan bertungku pun tidak. Set bersalin biodex pun diambil sewaktu hari ke 12 kelahiran. sebelum tu, makan ubat daripada klinik bersalin je. bonda kata orang yang berjahit xbleh mengurut/bertungku. tak mengurut/bertungku/berpilis bagai pun sihat aje.

maafla, saya ni jenis yang x ikut sangat kepercayaan yang kadang2 lebih kepada karut-marut dan boleh menjerumus kepada syirik. yelah, adat tu adat. yang untuk kebaikan boleh ikut, tapi pilih2 la jugak. dan lagi satu jangan kita taksub dengan benda2 macam tu. nanti terpesong akidah nye.

contohnye la kan, orang tua2 suka suruh ibu2 lepas bersalin ni letak lada hitam dekat kawasan yang baby ada. konon nye kalau tak letak lada hitam baby nanti tersampuk setan bagai. okey, dalam kes ni kalau kita ikut, percaya dengan kata2 sebegitu, dimana letaknya akidah kita sebagai muslim? kuasa lada hitam tu mengatasi kuasa ALLAH s.w.t kah?so, untuk muda mudi di luar sana, nak ikut pantang/adat/budaya orang2 tua ni boleh, tapi tapis2 lah sendiri. dan tetapkan iman di hati.

eh banyak pulak hamba membebel. penonton dah boring tunggu bila bleh tengok orang baru. he he. sori, sori. maklumla. talkative turn taipkative mcm ni la jadinye.



so inilah anak perempuan kesayangan saya dan inchek asben ye kawan-kawan. next entry kita cite name baby plak yer.

3 comments:

  1. ann!!congratz mummy!ya allah,baby gurl so adorable,pp mahal tuuu!muahhh!!

    ReplyDelete
  2. tq mummy yun~~ nanti bleh kawan2 ngan rayyan encem tu

    ReplyDelete
  3. hai...salam perkenalan...masih dalam pantang lg la ni ye?congrats dikurniakan baby girl yg sgt comel!bila nak sambung projek kait2 ye...he2...:)

    ReplyDelete