Monday 2 January 2012

Happy New Year 2012

sedar tak sedar...dah tiga hari kita melangkahkan kaki ke tahun baru. 

tarikh2 itu cuma angka..apa yang penting hidup perlu diteruskan seperti biasa.
bila bercakap soal tahun baru mesti ada yang tanya azam kan. 

seperti tahun2 lepas, saya selalu forward kan azam2 saya. antara yang paling penting adalah ; kembali ke 47kg. tahun lepas azam ni tergendala sebab pregnant. tapi masa tu xnampak mustahil sangat sebab baru 57kg. sekarang, lepas bersalin angka 47kg tu macam nak bermusuh je dengan saya sebab berat terkini saya adalah 67kg. itupun lepas seploh kg turun selepas bersalin. ha ha. maknanya time heavy pregnant berat saya adalah 77kg. entah kenapa asyik yang depan aje bertukar. yang belakang menten gitu kan. so sekarang ; try to lose 20kgs. agaknye sy kena sign up utk the biggest loser ataupun losing it with jillian dah. lemak tepu. ha ha. lagi - lagi mustahil bila breasfeeding. bantuan daripada produk kurus memang mustahil lah. tak banyak produk yang ibu menyusu boleh ambil. 
kalau kamu tahu boleh share tak? *mata kuyu*

azam2 lain, seperti biasa 
  • nak sambung degree
  • nak ada bisnes sendiri
a'ah kan. sebut pasal bisnes ni teringat pulak saya dekat hobi mengait saya tu, anak saudara saya belah inchek asben dengan baik hatinya menawarkan diri utk bw brg2 kait tu ke kolej beliau utk dijual. suka hati betul saya. akhirnya hobi ini bukan sekadar hobi. side income dalam tangan. tapi bisnes ini hanya sampingan. tak sampai 24jam dah dpt satu order. doakan rezeki saya murah ya. 

 angry bird keychain for my daughter & son. to be hang on their new school bag

 samples of few design hp pouches. 

angry bird 
 envelope style 
 rasta? i called it traffic light style
 double buttons
side button

so, setakat ni sjalah dulu yer. 
SELAMAT TAHUN BARU 
utk semua. semoga tahun ni lebih membawa kejayaan dan kebaikan dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment