Showing posts with label my baby. Show all posts
Showing posts with label my baby. Show all posts

Sunday, 20 May 2012

teruja!

sudah lama tidak berbelog.
kurang kesempatan masa....dengan anak yang semakin membesar, yang mendamba lebih banyak perhatian dari mami nye....
walaupun begitu, bisnes mami tetap berjalan.
sekurang-kurangnya, duit poket mami bertambah-tambah selalu.
walaupun hakikat sebenarnya poket daddy jugak yang jadi mangsa.
ki ki ki ki
mami bgtau daddy, lumrah orang nak mula berniaga mcam tu lahh....
*senyum meleret*
okey, berkaitan dengan tajuk di atas, mami ada dua perkara yang membuatkan mami rasa teruja like neva before.
kah kah kah. speaking london gitu.
keterujaan pertama, ialah dengan keberkesanan produk EVERLYNN yang mana I gunakan sendiri, dan positif feedback yang customer EVERLYNN bagi. dan BLOG KHAS UNTUK EVERLYNN akan menyusul sekejap nanti kerana ini blog peribadi, xmanis campur aduk semua sekali.
lagipun, setiap hari ada saja testimoni pengguna EVERLYNN utk di muat naik kan.
nanti berterabur pulak kalau letak kat sini.
kan ke gitu uollsss??

keterujaan kedua ialah, my baby is 7 months old now! and she is now learning how to crawl. but i don't think she will succeed in crawling, i guess she will skip this part and go straight to walking-talking gituwwwwwwww. ha ha ha

itu saja for now. assistant dah bangun, jap lagi dia pulak tolong mami dia update blog.

Friday, 24 February 2012

demokz in the dotz

mommy dah dapat beberapa warning daripada daddy.
beliau dah tak bagi mommy beli baju baby corak polkadots. 

nak wat cemana. lawo tak hengat polkadotz ni.

Wednesday, 22 February 2012

rezeki anak ; semoga makin bertambah tambah

ini first time saya pam susu badan.
actually pam dah lama beli, tp belum pernah dirasmikan...
so hari ni setelah saya kumpul sikit2 ilmu dari pembacaan di internet (sorry, sy xde sumber lain)
saya try pam pagi2 lepas baby menyusu.
15 minit saya dapat 3oz utk kedua2 belah susu.
1oz sebelah kiri ; yang direct feed baby.
2 oz sebelah kanan ; yang xguna.

walaupun sedikit, syukur Alhamdulillah. dengan titisan rahmat ini anak saya hidup selama 4 bulan dengan sihat sejahtera.

hari ni jugak saya cuba bagi bottle feed kat baby, teasing mana tau kot2 dia reject yang tiruan punya. nak yang ori authenthic genuine momy punya jugak.
hi hi
tp so far, Alhamdulillah..baby xda masalah dgn teat and bottle feeding.
3 oz tu xsmpai seminit dia nyot nyot kan sambil mata pejam.

maknanya hasil pam pagi tadi belum boleh jd stok sbb terus consume. tgh hari ni pulak belum lagi pam, jadual pumping mommy agak messy lagi.

still in trial lah katakan.

momy harus rajinkan mengepam, supaya 'kilang' dapat isyarat demand dah makin tinggi as baby growing, maka supply harus double triple.

insya ALLAH..doakan saya ya!
mintak tunjuk ajar senior2.
sangat memerlukan!

Monday, 20 February 2012

my masam model.

assalamualaikum and good morning
today i just wanna share a picture of my daughter, modelling a baby hat i made for a customer.
but she looks unhappy.
well, thats her, always have problem smiling for the camera. 
I remember, when i was pregnant, i also have this kind of allergies.
allergic to camera.
i don't even have the picture during raya and what so ever.
it is just, i don't like it!
padahal before pregnant, i always fantasize to take pictures of my belly growing every weeks and every months and also give the best pose one can had during the last trimester --> the best time of preggy moments!
tapi itu semua hanya angan2. bila dah betul2 pregnant, agaknya pembawakan budak kita jd xsuka kamera langsung. hi hi. 
asyik xda mood nak bergambar.
adala sekeping dua yang daddy curi2 ambik. 
tp xbyk.
sekarang dah menyesal....teringat kenangan masa vooncit. hu hu




and now she inherits it from me.
but slowly im training her to be friendly to camera.

she is my masam model for now. 
pray for my luck transforming her into cameraholic soon
he he. 
sayang kalau xdpt amik gmbr cantik2 beliau.
sebab beliau ada byk baju cantik
dan byk aksesori cantik yang mami buatkan. 
hi hi. 
ciao!

p/s : xlaku la my kerasTangan stuff kalau berterusan mcm ni modelnya. ha ha

Friday, 3 February 2012

104

Assalamualaikum, apa ada pada nombor ni?
for the first time ever,
anakanda dah mula meniarap sendirinya, walaupun masa mula2 tu tangan tertindih tapi dia kuat, xsampai 30saat dia dah boleh keluarkan tangan dia sendiri.
at her 104days of living!
kejadian ni berlaku semalam kat rumah mertua, sambil menunggu daddy pergi majlis tahlil. 
baby meniarap disaksikan nenek nya. he he
orang kata kalau tangan baby tertindih jangan lekas tolong, biar cuba usaha sendiri kan.
actually semalam mak mertua suh tolong keluarkan tangan dia yang lekat, tapi mami biarkan je dulu. 
sekejap aje dia boleh buat sendiri.
he he
tapi takdelah nak biar lama2 sgt sbb biasanya baby yang tertindih sebelah tangan ni muka dia tersembam, so jangan la sampai lemas pulak bby tu uollss. 
mami bangga sangat dapat tengok baby membesar depan mata.
kesian dekat kawan2 yang baby masuk 3 bulan kena pegi keja.
mesti terlepas detik2 sejarah ni.
pastu tengok yang dah basi. 
kan.
untungnya mami tak kerja boleh tengok baby besar depan mata.
untungnya baby sebab bekalan xpernah putus, baby xpernah lapar.
ALhamdulillah...
biarlah mami miskin sikit takpe, mami kaya harta akhirat, mudah-mudahan. 
Insya ALLAH.

semoga kamu membesar dengan sihat anakku, mami tahu kamu kuat!
sayang kamu!

ok. bai. nak sambung mengait pulak. order terbanyak setakat ni.
phew!

Thursday, 2 February 2012

stroller punya cerita

Assalamualaikum. hari ni hari jumaat
kita bukak ceriat kedai kopi dengan topik stroller.
begini ceritanya;
masa pregnant dulu, masa tu kaya sebab kerja tapi
tak beli stroller sebab anak 1st, xtau kegunaan utk ape. requirement macamana nak
hubby pun cakap, tunggu baby keluar dululah.
alih-alih
pas deliver, dah miskin sebab berhenti kerja.
pastu tangguh punya tangguh 
tak terbeli sampai sekarang.
pakai yang buruk warisan zaman berzaman. 
eeeeuwww xsuka yang tu.
dahla makan space byk gila. kalau bwk stroller tu dah xboleh isi menda lain lam bonet.
(ehem! keta satria mana ade bonet pun)
 pilih punya pilih
macam2 yang ade kat pasaran ni. 
makin lawa barang, makin lawa harga.
sampai beriban kot!
hubby jenis yang konservatif, anak2 dia dulu xpenah beli pun menda alah ni. 
so bila I survey stroller yang spec dia advance sikit dan harga pun advance, 
dia perli, 
"stroller mahal2 boleh jalan sendiri ker?"

I  pun balas balik, "xpyh beli stroller nanti baby abang je dukung ke mana-mana okey?"

"eh. camtu pulak? tak larat ler...baby berat."

"haaa tau ponnnn. tu dia baru 3 bulan. dia boleh berjalan umur setahun lebih. tu pun xkan nak suruh dia jalan round mall?"

"hmmm, tp xpyhla yang mahal2." 

"dah yang kena dgn kehendak kita harga itu, nk buat mcamana, b tgh cari yang paling murah dan menepati spesifikasi la ni. tapi paling kurang pun 7-8 ratus jgk la, sbb b nak beli travel system"

"dah pulak. beli satu2 je la"

"habis tu atas keta nak kena riba je. kalau2 dekat2 xpa la jugak. kalau travel jauh2? tercabut lengan mami kot! lagipun kalau mami nak drive sorang2 baby boleh je duk lam tu"

"ala b nak kemana nye. I kan ade. I la drive u pegang baby"

"okey. kalau camtu tahun ni xpyh pegi renew lesen keta lah. nak buang dah. ada pun tak guna"

"haiiii lah" *mengeluh*

so, cakap punya cakap. requirement yang saye nak ade pada stroller ini adalah seperti berikut.
  • rearward/backward facing
  • multi positioning- flat recline.
  • compact fold. jimat storage space sbb keta I kecik je uolss
  • suitable from birth can hold up to 40lbs/20k 
  • 3 wheelers and vibrant colors - ini satu2nye kehendak. yang lain sume keperluan okeh!
so mommies yang lain ade recommendation tak?
so far, I've seen Quinny Zapp xtra has the spec.
hati suka poket kurang suka.

yang paling sakit jiwa tengok video kat bawah ni. 


stroller TRANSFORMERS!
saving tiga tahun baru mampu beli uolllss
harga dia boleh buat beli 2 bijik motor 2nd hand/sebijik motor baru dah!
gilak ah!
dah ler ade warna hijao. 
sakitnye jiwa raga iols ni uollss!
ha ha

till then, xoxo

Tuesday, 31 January 2012

Monday, 19 December 2011

2months now!

she is now 2months old!
halooo! anyone? did you noticed that I have a 2m old baby? cause I don't! she is still newborn to me! and I guess, forever will be. well you know, mommies~~~

let's see her progresses as below ;

height : 56cm
weight : 5.8kg. (im gonna get muscular biceps soon!)
smiling.
laughing (mostly when she's taking alone!)
respond to voices & sounds.
mumbling in anger when cry. (you should hear this, very funny! lol)
sleep less. (esp when mummy go shopping)
size M diapers.
clothes size ; 3-6 for large cutting. 6-9 for small cutting.
heavy milking. if I missed feeding her on time, I felt like carrying watermelons on my chest! once she drinks, the watermelon turns to oranges. pheW!
can differentiate mummy's and daddy's voice. (she respond to her dad better, im so jealous!)
as always ; enjoying every moment of bath time! (I don't know where she get this from because I am not so "water" person. If you know what i mean. If not, I will tell you ; I refuse to take full bath during cold, rainy day. sometimes I will just mandi separuh, not getting my hair wet.)

okay then. till we meet again dearest! enjoy your day!

Wednesday, 7 December 2011

mummy manyak tayam sama mudak motak

title itu berbaur sengau dan sengal.
mohawk baby. in progress. 


finally, on her 44th days since her 1st breath in this world 

 saya motak yang comel..!!

rambut dia banyaaakk sgt. susah sikit nk shave mula2 tu. tp dengan bantuan pakar, tak perlu risau....
utk ibu2 yang nk shave kepala  bby ataupun tmpat2 sulit - I suggest uolls gunakan Mach3 Sensitive.
so smooth~~~

Friday, 2 December 2011

burung yang marah dan 44 hari.

finally....dah lepas pantang. suke suke suke suke. 
makin panjang kaki lepas ni. ngee ~~

sepanjang berpantang byk jugak crochet sempat buat. 
antaranya ialah burung kegilaan ramai.

mohawk version. ha ha. real feathers version pun ade. saje tayang this one. looks angrier. 

 teman bby tdo mlm2. 

crocheted angry bird keychain.
available for purchase. 
anything please email raihamina@gmail.com


Monday, 21 November 2011

Baby's name, 1month old and check up,

already?! my confinement period will end soon. weeee (don't know what i cheer up for, as i don't really apply all those pantang larang pun. ;P)

baby dah pun berusia sebulan. sekejap je...pejam celik pejam celik. (sbnrnya baby pejam memanjang mummy yang banyak celik)

Raya Haji kedua hari tu dah pun selamat mengadakan majlis akikah baby. Alhamdulillah..ramai jugak tetamus yang datang. ingatkan xramai mane daddy dia jemput. cukur jambul pun dah buat seusia baby 7 hari lg. cuma belum cukur habis, aisshh byk benor rintangan nye. nak cukur before raya, nekMa nye suh tunggu pas raya, biarla baby beraya ngan rambut katanya...pastu bila dah lepas raya, musim hujan pun bermula...tangguh lagi. takut sejuk baby kata nekMa nya....takpelah baby. nanti dpt green light nekMa kita cukur ya...nenek zaman sekarang punya la canggih, xsempat datang jenguk cucu sebab kerja balik lewat = penat tapi tau perkembangan macam ada depan mata. maklumla..pesbuk kan ade...pastu bukak pesbuk time kerja, tayang2 kat member opis hasil mykerasTangan(crochet), ade la satu dua tempahan diterima. weee..rezeki dimana-mana ALLAH janjikan. asal kita rajin berusaha.

eh? melalut panjang2 ni. in the previous entry i promised u guys to story mory baby's name right?

Arya Malyka is the name choosen for our lil precious. Arya (same with Aryan, Aryana/i) means my strength, and here is the tricky part Malyka can be pronounced Malika or Malaika. If pronounced Malika it brings the mean ; Princess, Owner (same meaning with the origin word ; Malik)
and if pronounced Malaika it means ; Bidadari, Sang Ratu. so it works either way. some of my friends do prefer to call her Lyka. but i don't like pendek2 nanti termaksud benda lain plak.
Nama Malyka ni kontoroversi sikit sbb kalau sebut Malika - for sure korang imagine evil witch dalam citer cucu betong yang fofuler satu ketika xlama dulu kan. ade orang tegur saya kenapa bagi nama anak sama dgn karakter jahat dalam cerita telebisen? jawapan ringkas, mudah dan padat. sebab saya tak terpengaruh dengan pilem melayu, xpernah tonton citer tu dan bukan bagi nama sempena watak jahat tu, lagipun maksud nama itu baik.
kalau sebut2 Malaika plak, ade orang kata dah macam malaikat dah. xbaik tu...eh? betul ker? saya yang kurang ilmu ni, saya mengaku lah. tapi cuba awak google Malayka @ Malaeka = tgk maksud dia ape? mmg betul pun angel. so what? she is my angel. sy xtau plak letak nama anak macam ni salah. tp saya memilih untuk bgtau org maksud Malaika itu adalah sang ratu.

btw, here i my strength, my queen.
bahagia tido dlm moses basketnya. ni dlm kereta, backseat masa umur 12 hari. 
pegi collect elaun terakhir mummy & daddy keje kt *tuuutt*

checkup sebulan ; baby kena inject Hep B kt paha kanan. aduiii...but she is so strong, only cry a lil bit. next month kena inject lagi...so far baby's progress 

weight : 4.6kg
height : 56cm
head : 38cm
 tak sabar nk tgk scale tu naik lg next month. itulah tanda aras anak mummy cukup khasiat drpd susu ibu yg eksklusif ni...
*scale berat ibu pun xberhenti menaik. ishhh apedaaa*



till next time,(yg xtahu bile)
okbaii

Thursday, 3 November 2011

presenting~~~~~My Strength, My Queen

hari ni dah genap 2 minggu saya melahirkan. macam tak percaya. unbelievable org putih kata. tp kena believe jgk la.
pengalaman bersalin, betul sgt2 selama ni dengar orang kata sakit tu hilang lepas baby keluar.
hak hak. bila dah lalui sendiri baru tau, op koss hilang sakit lepas bb keluar, imagine cam kita sembelit, struggle nak poo kan. bila dah bleh poo lega je rasanya. tapi ianya tidak berakhir disitu...sakit lain plak datang lepas bby keluar tu. dijahit hidup2. apa lagi saya ada koyak sepanjang 1" . kalau tak silap doktor bagitau 4 stitches kena. *tabah bertanya sejurus selepas doktor siap jahit*. motif?

kemudian sakit nak pee. waa tak malu semua nak cerita kat sini. ha ha. biarlah, pengalaman berharga kot! dan pada hari kedua datanglah segala lenguh2 urat murat yang ditegang dan tertegang sewaktu nak push baby. antara yang paling menyerlah adalah betis/keting, paha dan tangan. esoknye plak, lenguh gigi plak, *eh?adeke lenguh gigi?* okey, maksudnya lenguh gusi+gigi sebab kita kacip/ketap gigi kuat2 masa push. *lagi lagi, push* dan sudah tentu buat 3-4 hari pertama seksa betul nak bergerak sbb sakit kat miss V. nak baring pun sakit, nak alih ke kiri ke kanan pun perit. tambah-tambah, saya pilih untuk exclusive breastfeed ; malam2 baby nangis kena mintak tolong inchek asben support belakang badan untuk pusing menghadap baby.

tapi semua tu tak lama, kejap je. dlm 4 hari sy dah blh bangun tak se 'slow' sebelum tu, pastu bleh mkn nasi sambil duduk, bleh breastfeed baby sambil duduk. saya tak berpantang pun okey. ada la sesetengah makanan saya tak jamah, yang orang tua nasihatkan. tapi saya makan ubat. 2-3 hari lepas deliver inchek asben selalu ckp perut mcm ade sorang lagi. saya pun perasan, tahap kebuncitan macam masa 6 bulan mengandung. masuk hari ke 7, dah surut ke 3 bulan. sekarang di minggu kedua selepas melahirkan, perut dah hampir kembali ke bentuk asal.

berbenkung tidak, mengurut dan bertungku pun tidak. Set bersalin biodex pun diambil sewaktu hari ke 12 kelahiran. sebelum tu, makan ubat daripada klinik bersalin je. bonda kata orang yang berjahit xbleh mengurut/bertungku. tak mengurut/bertungku/berpilis bagai pun sihat aje.

maafla, saya ni jenis yang x ikut sangat kepercayaan yang kadang2 lebih kepada karut-marut dan boleh menjerumus kepada syirik. yelah, adat tu adat. yang untuk kebaikan boleh ikut, tapi pilih2 la jugak. dan lagi satu jangan kita taksub dengan benda2 macam tu. nanti terpesong akidah nye.

contohnye la kan, orang tua2 suka suruh ibu2 lepas bersalin ni letak lada hitam dekat kawasan yang baby ada. konon nye kalau tak letak lada hitam baby nanti tersampuk setan bagai. okey, dalam kes ni kalau kita ikut, percaya dengan kata2 sebegitu, dimana letaknya akidah kita sebagai muslim? kuasa lada hitam tu mengatasi kuasa ALLAH s.w.t kah?so, untuk muda mudi di luar sana, nak ikut pantang/adat/budaya orang2 tua ni boleh, tapi tapis2 lah sendiri. dan tetapkan iman di hati.

eh banyak pulak hamba membebel. penonton dah boring tunggu bila bleh tengok orang baru. he he. sori, sori. maklumla. talkative turn taipkative mcm ni la jadinye.



so inilah anak perempuan kesayangan saya dan inchek asben ye kawan-kawan. next entry kita cite name baby plak yer.